Thursday, June 20, 2013

KEBITARAAN SUKAN HOKI

Mirnawan Nawawi-Lagenda Hoki Malaysia

Kepada ibubapa penjaga yang mempunyai anak yang berminat dalam sukan hoki bolehlah membawa anak-anak tuan/puan ke Kompleks Sukan UPM, Serdang pada hari Sabtu 22 Jun 2013 pukul 8.00 pagi. Latihan akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman. Ia terbuka kepada semua murid darjah 3, 4 dan 5 lelaki dan perempuan.


Program ini adalah inisiatif Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SKTPP untuk membangunkan sukan hoki dan menggalakkan anak-anak untuk bersukan bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Cikgu Hazim Bin Harun di alamat e-mail hazim.harun@yes.my ataupun 0138015887.

Pasukan Malaysia semasa menjuarai Piala Hoki Remaja Asia 2012
(Mungkinkah kita bakal melihat wajah-wajah dari SKTPP satu hari nanti?)

Seribu tapak bermula dengan langkah yang pertama.


No comments:

Post a Comment